Assalamualaikum semua!
Harini saya nak cerita pasal bff saya.Nama bff saya Allysa Farhana dan Alfira Farahmissah.Kitaorang sama sekolah,sama kelas dan selalu rehat bersama-sama.Allysa jadi bff saya masa aku darjah 4.Alfira pulak jadi bff saya masa darjah 5 sekarang ni.Saya balik sekolah ngan Alfira.Kitaorang balik jalan kaki.Allysa pulak balik naik van.Kalau boleh kitaorang nak balik sama-sama tapi disebabkan rumah Allysa jauh tak dapatlah balik sama-sama.Kadang-kadang kalau ada rumah sukan saya ngan Allysa pergi berdua sebab kitaorang sama warna rumah sukan.Kalau pergi rumah sukan,Allysa selalu balik rumah saya sebab kita nak pergi sama-sama.Allysa dan Alfira baik sangat.Saya bersyukur kerana dapat kawan yang baik seperti mereka.Jadi kita janganah memperkenakan kawan hanya untuk suka-suka.Jadikanlah kawan itu sebagai teman karib kita. Kita mesti memilih kawan yang betul,yang memahami kita dan mengambil berat tentang kita.Saya sudahi dengan mengucapkan terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment